New Life: Shahir, Adira and Daus
Pucuk muda AF8
Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my
Another article related to Adira published in Kosmo.
Here is the original article
"LONTARKAN apa jua pandangan tentang Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang melabuhkan tirainya baru-baru ini.
Sama ada ia melakar sejarah sebagai program realiti edisi paling gagal atau tidak meraih sambutan membanggakan, itu hanya kata-kata segelintir pihak menjatuhkan hukuman tanpa menyertakan bahan bukti.
Bagi tiga pemain gelanggang rancangan itu - Shahir, Adira dan Daus, AF8 punya pengaruh tersendiri dalam dunia baru mereka.
Bahkan, masing-masing tidak berupaya menolak signifikan menuntut segudang ilmu selama tiga bulan ditemani Norman Abdul Halim, Fatimah Abu Bakar, Siti Hajar, Adnan Abu Hassan, Que Haidar dan Linda Jasmine itu.
Pada awalnya, hati sang juara, naib juara dan pemenang posisi ketiga itu sedikit terkilan dengan persepsi kurang bijak dilontarkan buat AF8.
Namun, lama-kelamaan mereka sedar, ia menjadi lumrah yang tidak mampu dibendung ditambah AF sudah 'berusia' apabila menginjak angka lapan tahun bersiaran.
Enggan terus selesa di 'langit' sendiri, Shahir, Adira dan Daus yang sebelum ini menerima sederet komen negatif berbanding positif, menjunjung misi usai menamatkan pengajian.
Sebarang situasi buruk atau pengalaman kurang enak menimpa graduan AF lain selama ini, ia tidak dianggap penghalang kepada mereka menghayun langkah mewarnai kanvas industri."
And the author writing for Adira..
"Jika sesetengah graduan AFberlumba-lumba mahu mencuba pelbagai cabang seni seperti berlakon dan mengacara, lain pula halnya dengan Adira atau Siti Adira Suhaimi. Gadis manis berusia 19 tahun itu sebaliknya hendak memberi fokus dahulu kepada bidang nyanyian yang diminatinya sejak kecil lagi.
"Buat masa ini, biarlah saya menumpukan kecintaan terhadap nyanyian. Lagipun, banyak perlu diperbaiki dalam proses mahu menjadi seorang penyanyi berjaya. Kalau ada kelapangan, saya hendak memasuki kelas vokal kerana pengalaman selama tiga bulan di AF8 masih tidak mencukupi."
"Terus terang, saya tidak punya banyak beza dengan penyanyi lain kalau bercakap aspek kelainan atau keunikan. Setiap artis ada kelebihan masing-masing. Cuma, boleh dikatakan, saya memiliki semangat tinggi untuk menempuh dugaan mendatang dalam dunia serba glamor ini."
"Kalau diberi peluang buat album sendiri, saya lebih cenderung menyanyikan lagu dalam genre R&B. Tetapi, jika kena bawa jalur lain, saya bersedia mencuba demi menampilkan variasi pada bakat nyanyian," luah Adira yang membawa pulang sebuah kereta Satria Neo 1.6 cps, baucer percutian, barangan elektrik dan trofi.
Pemilik single berjudul Ku Ada Kamu ciptaan penuh Edry itu memberitahu, dia menjalani pengalaman baru apabila melibatkan diri dalam proses rakaman lagu di studio.
"Sebelum ini, saya anggap macam mudah hendak merekod lagu. Rupa-rupanya, ketika ingin rakam lagu ini, saya dapati ia memerlukan banyak kesabaran daripada semua pihak. Demi menghasilkan impak terbaik, saya harus melakukan beberapa kali sehingga komposernya berpuas hati."
"Tanpa disedari, lagu Ku Ada Kamu mengambil masa selama empat jam untuk diselesaikan," jawab anak kelahiran Kundasang, Sabah itu yang sudah menyiapkan mental dan fizikal melayari kehidupan sebagai pemain seni."
article: kosmo!online
Tags: adira, shahir, daus hidup baru, hadiah adira af8, adira kosmo online, hala tuju hidup adira, shahir, daus, adira af8 penyanyi, kru, af8, majalah aksi