Figura Bintang AF8 Sentuhan Anita Sarawak
Figura Bintang AF8 Sentuhan Anita Sarawak
Murai post something about Adira AF8. Read full story.
Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 7 JULAI 2010: Esok adalah detik yang dinanti-nantikan buat 7 bintang Akademi Fantasia 8 (AF8), apabila buat pertama kalinya bakal beraksi bersama-sama ikon muzik tersohor negara, Anita Sarawak menerusi konsert mini Cinta Anita di KL Live, di sini.
Shahir, Adira, Ain, Anum, Ema, Iwan dan Maulana cukup bertuah, kerana bukan saja berpeluang berdiri sama gah di atas pentas bersama-sama Diva terkemuka berkenaan, malah gaya dan juga penampilan mereka turut mendapat sentuhan penyanyi kesayangan ramai itu.
Dengan bantuan jurugaya profesional, Allien Gan, tujuh bintang AF8 telah dipersembahkan dengan teknik penggayaan yang sesuai untuk sebuah persembahan pentas tanpa melupakan elemen glamor sebagai menyerlah lagi kemunculan mereka nanti.
"Bukan saja 8 kelas yang telah mereka ikuti bersama saya, malah inilah yang cuba saya terapkan kepada 7 Bintang AF8 ini supaya mereka turut nampak menarik ketika membuat persembahan bersama saya nanti.
"Saya bersama-sama Allien telah bergabung tenaga untuk menyuai-padankan pakaian mereka. Sememangnya seronok dapat bersama-sama 7 bintang AF8 ini kerana dalam masa yang sama saya dapat menunjukan keupayaan mereka lebih daripada apa yang mereka mampu," katanya.
Anita bersama-sama 7 bintang AF8, bakal tampil bertenaga bersama-sama madley Celebration dan Cup of Live menerusi slot khas yang disediakan penyanyi itu khusus buat pemenang serta finalis bintang realiti berkenaan.
Tambah Anita, menariknya dia telah diberi kesempatan menampilkan gaya tersendiri mengikut personaliti setiap penyanyi muda berkenaan tanpa mengurangkan ciri-ciri pesona bintang yang ada dalam diri masing-masing.
Maulana yang lazimnya dikenali dengan imej seorang penghibur Jazz, telah dipadukan dengan persalinan merah membara dan dihangatkan lagi bersama kehadiran skaf sebagai perhiasan di kalung lehernya.
Begitu juga dengan Adira yang telah diseragamkan dengan gaun singkat hitam. Tampak berbeza daripada kebiasaan. Mungkin dialah ratu rock chic diantara 6 lagi Bintang AF8.
"Saya mahu, pakaian yang mereka pakai nanti tidak menganggu persembahan mereka di atas pentas. Oleh kerana itu, pemilihan pakaian perlulah sesuai dengan koreografi tarian dan pergerakan mereka di atas pentas nanti.
"Saya mahu mereka merasai sendiri kepentingan memilih pakaian yang sesuai untuk sesebuah persembahan, sebagaimana yang saya amalkan selama ini" katanya.
Menyerlahkan lagi penampilannya sebagai tunjang konsert berkenaan, Anita bakal tampil dengan persalinan istimewa yang dicipta oleh pereka fesyen Ashley Wong (Kapas) khusus buat penyanyi berusia emas itu.
Nantikan figura Anita bersama korset sendat yang akan digayakannya bersama boot tinggi dan blaus berona lembut menampakkan lagi kontra personalitinya sebagai penghibur tempatan bertaraf antarabangsa.
Sebelum itu, saksikan 7 gaya dan pesona daripada 7 bintang AF8 yang telah mendapat sentuhan citarasa daripada penyanyi pujaan ramai, Anita Sarawak.
Tags: adira af8 anita sarawak. anita sarawak adira af8, adira af8 anita sarawak, gambar adira dengan anita sarawak, adira af8 bersama anita sarawak, adira af8 murai.