Adira dan Shahir Menjadi Cover Majalah "REMAJA"

Adira dan Shahir Menjadi Cover Majalah "REMAJA"  

Adira dan shahir menjadi penghias cover majalah REMAJA.
Ikuti kisah mereka di majalah tesebut....



Saling Mempesona!



Gandingan dua figura ini dianggap begitu sinonim. Apatah lagi kedua -dua nya mula mendaki tangga populariti dari aras yang sama. Shahir jejaka dari Kampar, Perak, ini mula menjadi perhatian setelah dijulang seba gai jua ra program realiti Akademi Fa ntasia (AF) untuk musim yang ke lapan. Manakala si gadis manis, Adira, yang baru berusia 19 tahun ini pula bersaing heba t bersama si juara di malam final dan berjaya meraih di tempat yang kedua . Ya, hanya posisi kejua raan yang membezakan di antara kedua nya. Namun dari mata kami, mereka punya ba nyak persamaan. memiliki pesona, pakej lengkap dan ba kat nyanyian yang boleh dikagumi! Ditemukan bersama seba gai penghias kulit depan REMAJA kali ini, jom ikuti cerita menarik mengenai mereka.


Projek terbaru selepas kejayaan manis dilakar di AF8?

Shahir: Saya masih lagi mengendalikan rancangan khas yang berjudul “Diariku Shahir” di Astro. Pada masa sama, saya dan pihak pengurusan juga sedang mengumpul material untuk menghasilkan album solo pertama saya. Insya-Allah andai tiada aral, proses rakaman akan bermula dalam masa terdekat ini. Selain itu, saya turut menerima beberapa tawaran berlakon drama dan filem. Cuma ia masih dalam peringkat perbincangan dan masih tidak ada hitam putih mengenainya. Awal Jun lalu juga, saya telah menerima Anugerah Ikon Belia Negeri Perak bersempena dengan Hari Belia Peringkat Negeri Perak dan disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Perak. Ia adalah sebagai simbol penghargaan di atas kejayaan saya. Alhamdulillah, semuanya saya sifatkan sebagai rezeki.

Adira: Saya pula sedang giat mengasah vokal untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Lagipun, saya masih terlalu baru di dalam lapangan nyanyian ini. Jadi latihan dan juga konsentrasi amat penting di dalam memastikan peningkatan kemahiran nyanyian saya adalah lebih baik dari sebelumnya. Selebihnya, saya mengikuti aktiviti seni yang telah pun ditetapkan oleh pihak Astro. 








 
Kata orang, ‘artis segera’ memang mudah menangkap minat pencinta seni. Tapi ‘hayatnya’ tidak panjang. Untuk itu, apa inisiatif kamu dalam memastikan nama kamu sentiasa menjadi sebutan?

Shahir: Secara peribadi, saya menganggap hal itu adalah sesuatu yang subjektif. Ada di antara bintang yang dilahirkan menerusi program realiti berjaya mengumpul peminatnya sendiri sekali gus menerima limpahan populariti yang hebat. Tetapi ada juga sebaliknya. Saya akan cuba untuk mencipta pembaharuan di dalam apa sahaja yang saya lakukan. Misalnya dari aspek persembahan. Saya juga mengetengahkan genre muzik yang mesra pendengar demi memikat pencinta seni dari pelbagai lapisan masyarakat. Moga-moga ia boleh diterima dengan baik.


Adira: Adira pula akan cuba untuk memperbaiki cara komunikasi Adira sendiri. Tambahan pula, sebelum ini ada yang cakap Adira ‘blur’ dan kurang mahir dalam menjawab soalan yang diajukan wartawan. Jadi kini, Adira sedang cuba memperbaikinya demi kebaikan bersama. Begitu juga dalam soal pemilihan imej. Maklumlah, sebagai orang baru, banyak perkara yang perlu kita belajar.

Pada pandangan kamu, apa yang perlu ada untuk bergelar bintang disegani?

Shahir: Apa lagi kalau bukan kualiti vokal yang bagus, kreatif di dalam persembahan, penampilan dan imej bersih sebagai seorang artis. Tapi saya juga tidak nafikan bahawa pesona yang dipersembahkan oleh seseorang artis juga mampu menarik peminat setia. X factor yang ada adalah sebagai suatu bonus buat seseorang artis di dalam memastikan mereka mempunyai peminat yang setia. 

Adira: Sama seperti Shahir, vokal adalah aset paling penting bagi seseorang artis. Sebagai penyanyi, kita sebenarnya ‘menjual’ vokal. Akan tetapi, penampilan yang menarik dan bersih juga mampu mengekalkan populariti seseorang artis, seterusnya menjadikan mereka sebagai artis yang disegani dan dihormati. Betul tak? Dan kalau boleh, Adira mahu kekal dengan imej Adira sekarang. Selesa dan tidak terikat dengan imej yang bukan-bukan.


Bagaimana kamu menepis gosip?

Shahir: Kami masih lagi baru. Jadi, kami masih kurang arif mengenai selok-belok atau pahit getir menjadi seorang artis. Tapi bagi saya, gosip dan seni adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Terpulang kepada diri sendiri untuk menanganinya.
Yang penitng, jangan mudah melatah terhadap sebarang gosip yang berkaitan dengan saya. Rileks je.... 



Adira: Ada gosip yang membina dan ada yang menjatuhkan air muka seseorang artis. Gosip yang tidak elok juga kadang-kadang boleh terpalit bukan saja pada diri sendiri, tetapi juga keluarga. Ya, walaupun masih lagi baru dalam gelanggang seni tanah air, saya sebolehnya mahu elakkan dari menerima tempias gosip yang bukan-bukan. Takutlah!

credit: karangkraf

tags: adira shahir majalah remaja, remaja adira af8, majalah remaja af8, adira af8 di majalah, adira af8 cover majalah remaja