Teguran Untuk Adira Af8

Saya sebagai salah seorang peminat setia Adira Af8 bangga dengan kejayaan anak jati Ranau Sabah ini dalam bidang seni. Bakat seni suara dan para rupa adira memang tidak boleh disangkal lagi selepas menunjukkan kemampuannya di Akademi Fantasia 8.

Namun selepas ini, pastinya cabaran Adira Af8 ini bermula sebagai anak seni. Saya sebagai peminat setia Adira Af8 berharap Adira akan terus berjaya dalam bidang nyanyian.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, isu yang timbul kepada gadis ini adalah caranya bergambar dengan lelaki. Banyak gambar-gambar yang memperlihatkan adira berpelukan dengan lelaki. Sebenarnya itu adalah gambar peminat-peminat Adira. Teguran untuk Adira adalah, walaupun Adira menghargai peminatnya, tetapi beliau sepatutnya mengawal caranya bergambar. Terutamanya dengan lelaki. Gambar yang bukan-bukan akan menyebabkan kekeliruan dan akan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Adira sendiri. Secara langsung akan menyebabkan peminatnya yang lain kecewa dan kurang senang dengan caranya bergambar. Ini menyebabkan "saham" Adira akan menurun dengan teruk.

So, kepada Adira Af8 harap beliau akan memperbaiki lagi dirinya. Ini hanya pendapat peribadi dari seorang peminat setia yang mengharapkan kejayaan kepada Adira.

Sekian