Teropong: Adira mohon maaf

woaa..its been long time not posting any Adira's new. As a "peminat setia", I always up to date about Adira Af8 new, but i have time constraint. Recently Im little busy with my career project.

Btw, here is latest news toward Adira. I Think this new is a respond for Adira's Indiscipline Issues with WARTAWAN. Read it friends!


Naib juara Akademi Fantasia 8 akui kelalaian 

SUDAH dua kali naib juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Adira, menemui Zubir secara peribadi memohon maaf atas kelalaiannya menyusun jadual sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakan wartawan.

Kali pertama Adira minta maaf kerana gagal bertemu Zubir pada masa yang dijanjikannya sendiri dan baru-baru ini pula, dia hadir sekali lagi memohon maaf gara-gara artikel yang siarkan ruangan pojok, Jeling Kak Pora, terbitan B*POP 21 November lalu.

Antara lain, artikel berkenaan mendakwa Adira sejak popular sudah mula buat hal. Adira dikatakan sewenang-wenangnya membatalkan sesi fotografi pada saat akhir. 

Beliau juga didakwa tidak pernah belajar daripada kesilapan silam apabila dia dikatakan mengulangi perkara yang sama. 

Justeru, pihak pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) membawa Adira bertemu Zubir untuk membuat penjelasan. 

“Saya akui, apa yang ditulis Kak Pora itu ada kebenarannya. Sepanjang lima bulan saya berada di bidang seni, kadang-kadang tanpa disedari, saya melakukan kesilapan. 

“Saya berjanji akan lebih berhati-hati menyusun jadual kerjaya di bawah seliaan AESB supaya kesilapan sama tidak berulang lagi. Saya sayang kerjaya ini dan ingin membina masa depan yang lebih cerah. 

“Justeru, kepada pihak yang mungkin tersinggung dengan kerenah saya yang dilakukan tanpa disedari, saya mohon maaf. Saya masih memerlukan bimbingan,” kata Adira bersungguh-sungguh. 

Adira kini dalam persiapan ke Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) menerusi lagu ciptaan Edry KRU, Ku Ada Kamu, selain sibuk mempromosikan single terbarunya, Ilusi yang dijadikan lagu tema drama bersiri terbaru, Awan Dania 3. 

Zubir berharap Adira berubah dan tak perlu memohon maaf untuk kali ketiga.

source: bharian online