Hanya Adira jadi sandaran
Hanya Adira jadi sandaran
By Metro
KETIKA sidang media memperkenalkan 12 pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8) lalu, penyertaan dua beradik dalam persaingan kali ini nyata menarik perhatian ramai. Antara kakak dan adik, pastinya ramai yang ingin tahu siapa lebih hebat.
Apakah kakaknya atau si adik yang menjadi pilihan penonton? Bagaimanapun, konsert minggu kedua yang berlangsung Sabtu lalu sudah menjawab pertanyaan berkenaan.
Pada Debaran AF8, baru-ba
Kini harapan keluarga pastinya pada Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19, untuk terus kekal bersaing hingga malam kemuncak AF8 nanti. Namun, semua itu bergantung pada rezeki dan sejauh mana penonton di rumah masih sedia mengundi Adira setiap minggu.
Ibu mereka, Rujinah Md Tahif, 49, berkata dia sangat sedih dengan penyingkiran Ema, minggu lalu. Bagaimanapun, dia sedar apa boleh buat kerana rezeki anak ketujuh daripada lapan beradik itu dalam AF8 sangat singkat. Ema gagal menonjolkan bakatnya.
"Rezeki tak menyebelahi Ema untuk terus bersaing. Kini, menjadi harapan saya Adira dapat bertahan hingga minggu akhir. Ini kerana, memang saya tahu minat Ema dan Adira dalam nyanyian. Cuma, Ema yang kurang bernasib baik.

Pada Debaran AF8, baru-baru ini, Erma Suhaimi atau Ema, 21, diundi keluar oleh penonton.

"Sejak sekolah lagi, mereka aktif menyanyi dengan menyertai kumpulan nasyid. Malah, Adira pun sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian di Sabah. Dua tahun lalu, Adira pernah menjadi juara dalam Pertandingan Karnival Budaya 2008.
"Malah, dia mewakili daerah Ranau bagi peringkat negeri Sabah dan berjaya mendapat tempat keempat. Sebelum itu, Adira juga pernah menyertai pertandingan menyanyi di Pesta Kobis anjuran pekan Kundasang, Sabah. Dia juara dalam pertandingan itu.
"Namun, Ema pula setakat ini hanya pernah menyertai AF8 saja. Jadi, dia tiada pengalaman seperti Adira yang pernah menyertai pertandingan menyanyi. Apapun, mereka mewarisi bakat seni dalam diri yang sebagai penyanyi lagu Dusun di Sabah ini," katanya.
Pernah merakamkan album lagu Dusun, Rujinah berkata rakaman album pertamanya dibuat pada 1993, ketika usia Adira, tiga tahun. Katanya, pembabitan dalam nyanyian kerana minat dan menambah pendapatan untuk membesarkan anak-anaknya.
"Sebagai ibu tunggal, bukan mudah untuk saya membesarkan lapan anak seorang diri. Saya bercerai dengan bapa mereka ketika Adira masih dalam kandungan. Justeru, saya sangat bersyukur berkat usaha ini semua anak dapat membesar dengan baik.

"Pada saya, anak adalah harta tak ternilai bagi ibunya. Jadi, saya tak menghalang hasrat Ema dan Adira untuk menjadi penyanyi. Itu minat dan impian mereka. Cuma, apa yang diharapkan mereka berjaya dan saya memberi sokongan penuh," katanya.
Ditanya sama ada dia tak risau jika dua anaknya berhadapan gosip, Rujinah berkata itu lumrah dunia hiburan dan artis. Sebagai penyanyi dia tahu semua itu dan pernah melaluinya. Ujarnya, status diri sebagai ibu tunggal memang mudah dipandang serong masyarakat.
Jadi, katanya, dia sudah bersedia berhadapan situasi itu. Apapun, katanya, dia berharap Ema dan Adira bijak menjaga diri dan nama baik keluarga. Menurutnya, mereka juga jangan sombong dan lupa diri sekiranya sudah menjadi artis nanti.